Roses and Hurt

Second bunch of roses.

Roses. Klise sangat dengan perempuan.
Merajuk aku kali ini, tak pernah pula aku sangka sampai ke tahap dapat bunga. Rasa bersalah itu menyelinap dalam setiap salur darah aku ini. Arteri ke vein ke mana mana jelah. At some points, aku terlalu memikirkan hati aku ini. Tapi at some points juga aku terlalu memikirkan hati orang lain. Aku tahu ceria sahaja. Aku taktahu kalau suatu hari aku sudah tak mampu jadi ceria,,, jadi pasif saja. Mesti semua tak percaya. Ke ni perasaan aku semata mata?

Kasihan hati suci itu. Melayan songehku. Yang kadang bak anak kecil. Yang kadang meroyan macam kehilangan anak. Yang kadang mengada ngada mahu itu ini. Siapa lagi kalau dia yang setia melayanku.

Hatinya diketepikan.
Hatinya dirawat sendiri.
Bukan aku tak syg.
Tapi perasaan kecewa pada insan bergelar lelaki masih lagi menebal kot. Kot. Bukan statement berani mati ni tau. Sebab anggapan aku sahaja.

Untuk lelaki yg selalu perlekehkan wanita,
Untuk lelaki yang sentiasa berkasar dan tunjuk perkasa,
Menyakiti menyiksa fizikal, jiwa dan emosi
Mcm lah wanita itu tiada hati untuk berasa?
Apa dia ingat kalau sudah sayang, dihina dicerca pun tak apa?

Mungkin sebab tu aku gagal tunjukkan aku sayang.
Masih ada barrier
Aku letakkan sempadan
Menyintai yang masih bukan hak aku
Aku rasakan ia masih ragu ragu
Melainkan dia suami aku
Baru layak dapat semua
Hati aku
Hati aku
Hati aku
Hati aku yang pernah terluka
Kasar
Semoga dia akan jumpa
Pemilik hati baru
Yang aku rasa sudah tidak lama
Sekejap sahaja
Jadi bersabarlah wahai cinta
Jangan jemu untuk bersabar
Cinta kita keranaNya
Bukan atas dunia saja

Jun 1, 2016
7.39 pm

Comments

Popular Posts