Kehilangan
Saat akad dilafazkan,
Sudah halal diriku untuknya,
Sudah pahala untuk setiap sentuhannya,
Bertambah cinta untuk tiap kali kucupannya,
Tapi
Perasaan kehilangan itu kenapa masih ada
Untuk setiap kenangan lama
Untuk setiap kali aku dia bersua muka
Bunyi loceng cinta
Sentiasa berdeting ceria
Hari- hari indah bila aku buka mata
Tak sabar menunggu mesej ringkas darinya.
Tapi
Perasaan kehilangan masih menebal
Rasa jauh dengan kakak darah dagingku
Rindu kenangan aku orak langkah ke rumah mereka
Tumpang kasih secangkir dua
Tumpang lena semalam dua
Tumpang bercerita suka duka
Dan ketawa bagai esok tiada.
Memang nampak biasa,
Hakikatnya tak sama.
Perkahwinan menggabungkan dua keluarga,
Tapi banyak juga yang berbeza,
Usaha dua jiwa untuk menerima,
Dan segala kekurangan dipejam dan dihadam sedia.
Sungguh aku insan masih belajar
Kalau diamku tiba- tiba,
Mungkin kerana kehilangan yang benar- benar aku damba.

Comments
Post a Comment