Mawar Nan Layu

Hari pertama kau segar 
Kembang elok
Wangi semerbak
Tersusun rapi
Buat hati kembang pagi- pagi

Hari kedua kau masih kembang
Ku tukar air 
Jantungmu
Ku letak elok
Sufisien terkena mentari pagi

Dan hari seterusnya kusibok
Aku lupa jenguk 
Balik lewat petang 
Dan aku terus mengantuk
Buka sahaja mata terus hari esok

Aisehh

Takut kalau cinta aku gaya gini
Bimbang rumahtanggaku lama lama jadi sebegini

Refresh, refleks,relaxs
Kalau momen momen itu
Momen sukarnya membuka hati kembali
Momen payahnya memulakan proses kenal hati budi
Momen jatuh hati
Momen menangis suka dan makan hati
Momen yakinkan diri
Momen tanam cinta dalam hati
Momen sujud pada Illahi
Cari siapa diri
Minta petunjuk hari hari

Kalau momen momen itu sentiasa tunggu di simpang
Peringat kepada setiap kealpaan
Cinta dalam rumahku nanti
Akan sentiasa terang benderang

Tak mudah mendapatkan
Tapi mudah kehilangan
Jangan cepat selesa
Sekilas terlepas pandang
Malaplah warna si mawar
Yg pada mulanya merah terang terang

10.47 pm
Mei 12, 2016

Comments

Popular Posts