Lewat Petang dan Masa Hadapan

Kau pernah hantarkan perasaan benar benar sayang
Kepada insan yg salah
Membuatku melutut merayu mendamba
Melebihi kuasaNya

Kau datangkan lebih banyak duka
Daripada suka hilai
Kau ambil segala ketawa
Lalu aku meraba raba
Mencari agama

Pernah jahil
Pernah lupa
Pernah derhaka
Pernah jadi seorang alpa

Lalu dihadirkan insan
Yang seketika cuma kenalnya
Yang apabila dia berada di sisi bapaku
Ku mengalir air mata terkedu
Aku nampak pelindungku
Aku nampak penjaga keduaku
Aku nampak tangan
Tangan kental untuk menatang songeh keanakanku

Bila dia bicara dengan ibuku
Hatiku pun turut sama bicara
Di hujung kerusi itu
Aku lontar pandangan
Tak semua tahu
Menjadi anak perempuan bongsu
Lain macam sedikit feelingnya
Wajah ibu bersilih ganti dengannya
Manja dan rengek dengan ibu
Bisakah dilayan sama
Apabila dengannya kelak?
Oh sedih bercampur gembira

Adakah ini org panggil bahagia?

Saatku mencoret ini
Di sebelahku
Duduknya seorang jejaka
Fokus sahaja pemanduannya
Kau gantikan dengan insan yg jauh baik dari diriku hina
Bersama tetes hujan laju laju
Didepanku terbentang jalan luas
Tertulisnya karak bentong gombak
Literalnya
Jalan bengkang bengkok itu
Umpama ceritera rumahtanggaku nanti
Tak semesti lurus itu sahaja bahagia
Dan simpang siur itu simbol derita
Ah itu stereotaip manusia mana?

Sekembalinya ke destinasi
Bermula lah langkah kaki
Persiapkan diri
Gusar debar buang tepi
Ya Illahi, permudahkanlah segala urusan kami
Jadikanlah aku ibu dan isteri
Bidadari dan penyeri
Dalam rumahtangga nanti.

Alhamdulillah untuk segalanya ya Illahi

Lewat petang Mei 15, 2016

Comments

Popular Posts