Memendam
Setiap malam
Wajahmu yang aku rindui itu selalu datang menjengah
Kekadang dia memberiku peluang merasa nikmatnya ketawa
Kekadang dia datang menyulam mimpiku dengan air mutiara
Kalau dulu dia orang pertama yang aku puja
Tika terbangkit dari lena
Jika dulu dialah insan yang sentiasa dalam kotak fikir
Sebelum mata terkatup
Selepas jaga dari buaian tidur
Rindu
Selalu datang bertamu
Bukan selang selang jaraknya
Namun setiap saat
Rindu
Kalau mampu aku hamparkan padang awan nan biru
Tak terhitung
Kalau awan bisa membaca
Peritnya rinduku
Peritnya menantimu
Pasti hujan tak berhenti menangis
Mimpi itu
Tahu
Bahawa aku merindui diri dia
Lantas meminjamkan wajahnya dan sentuhan hangatnya
Yang hampir aku lupa
Lekuk mulus bentuk muka
Lekuk bentuk tubuhnya yang hampir lenyap dari memori luka
Rindu
Kalau mampu aku pendam
Biarlah sampai ke penghujungnya
Melepaskan sesuatu yang bukan milik aku
Memendam rasa cinta yang pernah disemai
Menanti impian kita berjaya dicapai bersama
Kalau aku mampu pendam
Akan aku terus memendam.
Kerana bahagiamu dengan pilihanmu
Adalah bahagiaku
Walaupun dengan air mutiara
Walau dengan suara kecil dari hatiku yang meronta

Comments
Post a Comment