Permata Hati, Abah
Airmata berderu laju turun membasahi pipi.
"Menyusahkan!"
Barangsiapa yang terkena di atas batang hidung sendiri memang moralnya akan hilang. Aku mengharap sebuah jawapan. Idea yang bernas. Pemberi kata yang bisa membuka mataku. Risau, realitinya nampak hebat di mataku, bukan orang lain. Namun, tohmahan berdas- das dilemparkan.
Ya! Aku selalu menyusahkan abah dan mak di rumah. Hidup senang lenang di universiti! Hidup lagak seperti anak Tan Sri!
Kakak,
Mungkin itu yang bermain di mata dan vista kakak. Tidak pada hakikatnya. Adikmu ini makan hanya sekali sehari. Tengah hari sahaja. Itupun tanpa butir nasi. Hanya ikan/ayam atau sayur. Itu sudah cukup bagi liang perutku. Tika malam jarang adikmu menjamah. Melainkan terlalu lapar untuk menahan.
Kakak,
Jam 5 petang waktu malam mula menjengah, adikmu mengendong bakul nasi lemak ke sana ke mari. Dibeli dengan modal yang agak tinggi juga dengan harapan semua habis dijual. Jauh adikmu lihat dengan perniagaan. Menjenguk wang dan rezeki sendiri agar tidak menyusahkan abah yang sudah tua di rumah. Tidak pernah adikmu meminta itu dan ini dari abah. Laptop adikmu sudah setahun rosak baik rosak baik. Orang lain adik tidak heran. Tablet ipad segala jenis piring teknologi nipis di jari. Tidak pernah sesekali keluar dari bibir menanti yang lama ini diganti apatah lagi untuk dibaiki untuk kesekian kali. Rela berulang- alik ke library menggunakan apa yang diberi ataupun adik pinjam dari si bakal suami adik nanti (insyaAllah) . Namun, masih di mulut ini alhamdulillah ya Illahi.
Kakak,
Adikmu tak pernah terdetik mahu menyusahkan sesiapa. Kalau kelahiran adik ini menyusahkan semua daripada kecil hingga kini, adik memohon maaf untuk beribu- ribu kali. Dari lahir, adik selalu menyusahkan semua..... Dengan kesihatan adik, masalah darah adik, masalah kulit adik dan antibody. Adik tahu adik banyak menyusahkan mak dan abah. Tapi adik tak pernah meminta lebih. Adik sedar diri. Kalau adapun abah bagi, adik tak minta. Adik diberi motor dengan cash RM4200 oleh abah. Adik bersyukur mempunyai abah di sisi. Tapi adik tak minta. Adik hanya bertanya pendapat kakak sahaja tadi. Sebab adik memang tidak terlalu reti menunggang moto. Kerap kali jatuh dan mahu terjatuh. Tak sangka itu yang kakak balas. Allahurabbi. Sedihnya diri.
Kakak,
Adik berjanji. Adik takkan tanya apa- apa lagi. Bermula hari ini adik akan berdiam diri. Adik tak kisah kerja keras. Asalkan adik tidak minta duit dari abah yang adik tahu dialah yang paling bermurni hati. Duit makan hari- hari, minyak motosikal, barang cuci diri, roti, susu, milo biskut, topup broadband dan prepaid, buku dan nota fotokopi, barang penghias diri.
Adik tak pernah minta. Melainkan dia yang beri. Kakak tanya pada mahasiswa mahasiswi yang lain. RM1900 cukupkah dijadikan sara diri untuk 5 bulan. Yang pasti, jawapannya tidak.
Kalau digelar boros, adik tidak beli sehelai baju atau seluar baru pun untuk sem ini. Cuma terkadang mahu menggembirakan diri dengan jalan- jalan cuti mata dan makan KFC. Itupun jarang sekali. Lebihan nasi lemak yang tidak habis dijual adik akan makan. Biasanya.
Adik sedar abah sudah tua. Duitnya lebih baik jika dibuat amal kebajikan. Itu yang adik pikir. Cuma,, adik kecewa dengan cara kakak melayan adik seperti seorang yang tidak tahu mensyukuri nikmat Illahi. Adik salah. Adik yang salah. Maafkan adik. Tapi, bukalah mata kakak dan lihat usaha adik. Jangan terlalu menyempitkan ruang fikir kakak.
Adik tak berhak meluahkan rasa hati ini. Tapi adik doakan semuanya fahami apa isi hati adik, niat adik yang sebenar- benar.
Maafkan adik tidak dapat pulang untuk merasa rendang dan sambal tempe air tangan mak. Maafkan adik tidak dapat menyerahkan blouse yang adik beli kepada mak. Adik rindu. Tapi adik kecewa dan MALU. Diri adik sangat kerdil jika dibandingkan dengan kakak yang seorang lecturer yang sedang mengikuti pHd.
Adik rindu permata hati, mak dan abah.
Salam sayang.
Wassalam

Comments
Post a Comment